Friday, December 02, 2011

week 11 - 30/11/2011

Presentation 40% website

daripada yang dipersembahkan oleh setiap kumpulan, ternyata setiapnya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. baik dari segi grafik mahupun content yang disampaikan. mengikut apa yang diperkatakan oleh Dr. Affandy, teori pembelajaran yang digunakan penting dalam membangunkan laman web. untuk mengaplikasikan teori-teori yang dipilih tidak sukar sekiranya ianya dirancang bersesuaian dengan pengguna yang disasarkan.

laman web dari kumpulan ayuni yang hampir 85% siap, menarik untuk dilihat juga diexplore. konsistensi dari segi typeface, background, color tidak menimbulkan keserabutan kepada pengguna. navigasi juga memudahkan pengguna. teori behavariosme yang diaplikasikan boleh diaplikasikan menerusi tutorial yang disediakan. secara kesuluruhannya, ia memang menarik.

dari laman web kumpulan mariani, hanya dari pandangan main menu sahaja. tapi hasil yang diberikan juga baik. cuma saya agak tidak bersetuju dengan penggunaan warna latar. warna yang digunakan menenggelamkan kebanyakan content yang ada. tapi dari segi konsistensi itu masih ada, white space turut tidak dilupakan.




No comments:

Post a Comment