Monday, October 17, 2011

Week 5

buat website..semua orang boleh buat.tapi tau ke apa yang penting sebelum develop sebuah website??of coourselah 1st sekali content apa yg kita nak deliver kan,barulah masukkan elemen teknologi ngan visual ke animation ke etc.
satu benda yang kita kena take note bila develop website ni adalah
i. confusing accessibility
ii. over-ambition design.jangan sampai keterlaluan pula.
iii.downloading yang lama-boleh buat orang fed-up juga nk tunggu website tu terpapar kat skrin..
so,nak develop website,3 perkara ni perlu difikirkan supaya website yang kita develop mudah untuk di navigasi oleh sesiapa.
dalam rekabentuk website,ada 3 komponen yang kita perlu tahu iaitu:
a. information design
b. interaction design
c. visual design

dalam merekabentuk maklumat yang nak disampaikan, perlu dititkberatkan macam mana maklumat yang ada itu boleh disampaikan dengan berkesan,mudah dan senang difahami oleh pengguna. strategi dan pengurusan setiap maklumat(content) yang ada tu perlu ada supaya objektif asal untuk deliver maklumat tercapai.

rekabentuk interaksi,adalah langkah yang penting untuk kita design website. navigasi,kawalan pada website yang dibangunkan perlu boleh digunakan oleh semua pengguna dengan mudah dan paling penting ia boleh berfungsi. nak mudah kita sediakan storyboard untuk memudahkan pembangunan website. setiap perincian terutamanya untuk navigation yang akan digunakan oleh pengguna,boleh kita design tanpa sebarang masalah.ini juga sebagai satu rujukan untuk mengelakkan sebarang kekurangan/tertinggal/terlupa setiap perincian yang diperlukan dalam website.

visual penting untuk menghasilkan satu website yang menarik. tanpa sebarang visual,tak kira lah animation ke, gambar ke etc, satu website itu belum mampu untuk menarik minat pengguna untuk explore laman web itu secara menyeluruh. persembahan yang ada element dan stail yang dipilih perlu bersesuaian dengan "target user" yang dipilih. bukan semua layout sesuai dengan lapisan audience yang kita mahukan. penghasilan protaip boleh membantu untuk menilai kesesuaian laman web yang dibina berdasarkan pandangan orang ramai.

Thursday, October 06, 2011

week 4

nak bina satu website memang mudah bagi yang mempunyai kepakaran bidang teknologi..tapi sejauhmana penyampaian kandungan website tu sampai kepada pengguna..?realitinya, pembinaan satu laman web pendidikan memerlukan lebih daripada kepakaran teknologi...untuk bangunkan sistem, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah 'instructional design' yang akan digunakan.
Banyak model-model yang ada yang boleh digunakan. Paling selalu digunakan adalah ADDIE Model..melibatkan 5 fasa iaitu analysis,design,development,implementation dan juga evaluation.pada setiap fasa yang dijalankan,evaluation memainkan peranan penting untuk memastikan penghasilan sistem/website kita adalah yang menepati kehendak pengguna.
Model-model lain yang juga boleh digunakan adalah seperti 'Hannafin and Peck Design Model', 'Dick and Carey Instructional Design Model', 'Assure Model' ataupun 'Waterfall Model'. Waterfall Model adalah model yang berbentuk traditional dimana ia sudah jarang digunakan kerana tidak ada proses berbalik.namun ianya telah melalui proses pengubahsuaian.
Membangunkan website perlu ikut 6 peringkat utama iaitu:
i. site definition dan planning
ii. information architecture
iii. designing the website
iv. development
v. implementation process
vi. evaluation


Untuk membangunkan sesuatu project web, 2 perkara utama perlu diambilkira iaitu

a. Project Management Process.

-pembinaan website yang baik perlu melalui 3 fasa iaitu planning(pre-production), construct(production) dan test(post-production).
-dalam planning, kita perlu buat analisis untuk ketahui kehendak pengguna,kenalpasti keperluan website tersebut,adakah ia mudah digunakan.Ia juga merupakan peringkat kita mencipta blueprint untuk pembinaan website.Pada peringkat ini juga kita mula melakar atau design our website based pada analisis awal yang telah kita lakukan kepada pengguna.
-dalam constructing, melibatkan banyak perkara seperti kajian terhadap kandungan bahan, interface design, graphics dan animation yang diperlukan, audio yang akan direkodkan dan yang paling penting adalah programming.
-dalam testing,merupakan fasa terakhir iaitu fasa dimana website itu dinilai kandungannya,adakah ia berfungsi mengikut kehendak yang ditetapkan dan yang utama untuk fasa ini adalah maklumbalas daripada client itu sendiri.

b. Web Development Team
-membina satu laman web yang baik memerlukan bukan seorang tapi kerjasama dari pelbagai pihak.
- web-Team terdiri daripada
i. Project Manager
ii. Content Area Specialist
iii. Instructional Design
iv. Web Developer/Programmer/Database Administrator
v. Media Specialist(Graphic Artist/Animator, etc)
-setiap dari mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam menghasilkan satu laman web yang baik dan bermutu.bukan sahaja dapt menarik perhatian dan minat  pengguna untuk menggunakannya tapi juga mampu untuk menyampaikan maklumat dan kandungan dengan baik dan tepat.