Thursday, October 06, 2011

week 4

nak bina satu website memang mudah bagi yang mempunyai kepakaran bidang teknologi..tapi sejauhmana penyampaian kandungan website tu sampai kepada pengguna..?realitinya, pembinaan satu laman web pendidikan memerlukan lebih daripada kepakaran teknologi...untuk bangunkan sistem, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah 'instructional design' yang akan digunakan.
Banyak model-model yang ada yang boleh digunakan. Paling selalu digunakan adalah ADDIE Model..melibatkan 5 fasa iaitu analysis,design,development,implementation dan juga evaluation.pada setiap fasa yang dijalankan,evaluation memainkan peranan penting untuk memastikan penghasilan sistem/website kita adalah yang menepati kehendak pengguna.
Model-model lain yang juga boleh digunakan adalah seperti 'Hannafin and Peck Design Model', 'Dick and Carey Instructional Design Model', 'Assure Model' ataupun 'Waterfall Model'. Waterfall Model adalah model yang berbentuk traditional dimana ia sudah jarang digunakan kerana tidak ada proses berbalik.namun ianya telah melalui proses pengubahsuaian.
Membangunkan website perlu ikut 6 peringkat utama iaitu:
i. site definition dan planning
ii. information architecture
iii. designing the website
iv. development
v. implementation process
vi. evaluation


Untuk membangunkan sesuatu project web, 2 perkara utama perlu diambilkira iaitu

a. Project Management Process.

-pembinaan website yang baik perlu melalui 3 fasa iaitu planning(pre-production), construct(production) dan test(post-production).
-dalam planning, kita perlu buat analisis untuk ketahui kehendak pengguna,kenalpasti keperluan website tersebut,adakah ia mudah digunakan.Ia juga merupakan peringkat kita mencipta blueprint untuk pembinaan website.Pada peringkat ini juga kita mula melakar atau design our website based pada analisis awal yang telah kita lakukan kepada pengguna.
-dalam constructing, melibatkan banyak perkara seperti kajian terhadap kandungan bahan, interface design, graphics dan animation yang diperlukan, audio yang akan direkodkan dan yang paling penting adalah programming.
-dalam testing,merupakan fasa terakhir iaitu fasa dimana website itu dinilai kandungannya,adakah ia berfungsi mengikut kehendak yang ditetapkan dan yang utama untuk fasa ini adalah maklumbalas daripada client itu sendiri.

b. Web Development Team
-membina satu laman web yang baik memerlukan bukan seorang tapi kerjasama dari pelbagai pihak.
- web-Team terdiri daripada
i. Project Manager
ii. Content Area Specialist
iii. Instructional Design
iv. Web Developer/Programmer/Database Administrator
v. Media Specialist(Graphic Artist/Animator, etc)
-setiap dari mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam menghasilkan satu laman web yang baik dan bermutu.bukan sahaja dapt menarik perhatian dan minat  pengguna untuk menggunakannya tapi juga mampu untuk menyampaikan maklumat dan kandungan dengan baik dan tepat.

No comments:

Post a Comment