Wednesday, December 21, 2011

Publishing Website.

dah siap projek barulah kita publish ke web.pertamanya kenalah pilih web host. webhost ada yang free dan sebaliknya. web host yang free ada limitation.bergantunglah pada developer samada nk guna yang free ataupun yang berbayar.limitation yang ada selalunya adalah kadar storagenya yang lebih kecil. kalo webhost free ni  banyak advertisement. http://en.wikipedia.org/wiki/Web_hosting_service boleh refer kt sini untuk maklumat pasal web hosting..contoh-contoh web host yang ditawarkan..

www.webhosting.com.my/
www.000webhost.com/
www.serverhosting.my/dedicated-server

Thursday, December 08, 2011

week 12

web testing and web evaluation

sebuah laman web yang dibina perlu melalui proses pengujian dan juga penilaian. ini bertujuan untuk menghasilkan satu laman web yang baik dan menepati kehendak pengguna yang disasarkan. melalui proses-proses ini, ia membantu untuk pembangun memperbaiki mana-mana kekurangan dan kelemahan yang ada dalam laman web yang dibina.

terdapat pelbagai cara untuk test web yang dibina samada menggunakan:
a) alpha/beta testing
b) peer testing-kita libatkan rakan-rakan untuk menguji laman web yang dbina
c)focus group testing-perbincangan secara meja bulat dimana ahli-ahli yang terlibat memberikan pendapat, menyumbangkan idea kearah pembaikpulih untuk mendapatkan laman web yang berkualiti
d) usability testing.

senarai(checklist) boleh membantu untuk melihat konsistensi yang ada dalam laman web yang dibina. ia boleh membantu untuk mengenalpasti masalah-masalah yang serius dengan memberikan maklumbalas dan idea untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.


Friday, December 02, 2011

week 11 - 30/11/2011

Presentation 40% website

daripada yang dipersembahkan oleh setiap kumpulan, ternyata setiapnya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. baik dari segi grafik mahupun content yang disampaikan. mengikut apa yang diperkatakan oleh Dr. Affandy, teori pembelajaran yang digunakan penting dalam membangunkan laman web. untuk mengaplikasikan teori-teori yang dipilih tidak sukar sekiranya ianya dirancang bersesuaian dengan pengguna yang disasarkan.

laman web dari kumpulan ayuni yang hampir 85% siap, menarik untuk dilihat juga diexplore. konsistensi dari segi typeface, background, color tidak menimbulkan keserabutan kepada pengguna. navigasi juga memudahkan pengguna. teori behavariosme yang diaplikasikan boleh diaplikasikan menerusi tutorial yang disediakan. secara kesuluruhannya, ia memang menarik.

dari laman web kumpulan mariani, hanya dari pandangan main menu sahaja. tapi hasil yang diberikan juga baik. cuma saya agak tidak bersetuju dengan penggunaan warna latar. warna yang digunakan menenggelamkan kebanyakan content yang ada. tapi dari segi konsistensi itu masih ada, white space turut tidak dilupakan.




Thursday, November 17, 2011

Week 9 - 16/11/2011

Visual Design (VD)

adalah intrface design atau rekabentuk untuk dipersembahkan. ia memainkan peranan untuk merancang penampilan atau appearance website kita. ia termasuk bagaimana kita nk mengadunkan warna,font,graphic dan elemen-elemen multimedia yang lain dalam laman web yang kita bina.dengan menggabungkan pelbagai elemen multimedia,kelainan yang diperolehi menghasilkan website yang menarik.
elemen yang perlu dalam interface website adalah
1. color atau image.warna itu perlu bersesuaian mengikut latar yang digunakan dalam website.
2.content dan juga links yang disertakan dalam website.
3.lain-lain elemen yang boleh memberi impak kepada website.
4. typography yang digunakan haruslah simple dan tidak crowded.pemilihan jenis font perlu baik dan bersesuaian.

3 perkara dalam menyediakan VD
a) Thumbnails Sketches-membantu designer untuk melakar secara virtual hasil website.boleh membantu memilih yang terbaik.
b) Storyboard Thumbnails-membantu untuk lebih fokus kepada penghasilan website yang sebenar.terbaik untuk menilai interaksi yang ada dalam website yang dibina.
c) Rough Sketches-lebih teliti dan tepat. merupakan cadangan yang lebih baik daripada thumbnails sketches.
d) Prototype- final design sebelum website yang sebenar dipublishkan.


Wednesday, November 16, 2011

week 7&8


Information Design

perkara yang penting dalam pembangunan website.bagaimana sesuatu information yang kita ada nak disampaikan dalam cara yang berkesan.information-perkara terpenting/berharga dalam setiap bidang terutamanya dalam bidang pendidikan. penyampaian information yang bagus, lebih baik penerimaannya oleh pengguna. 
terdapat 5 perkara yang perlu difikirkan dalam memproses information design ini.
a. message
b. audience
c. purpose
d. background
e. structure

pada peringkat ini, strategi pembelajaran yang bersesuaian perlu dipilih. banyak teori pembelajaran yang ada dan sesuai untuk digunakan contohnya kognitif,behaviorisme dan juga konstruktivisme.pemilihan learning theory ini bergantung kepada pendekatan yang kita gunakan.seperti:
i. tutorial lebih kepada behaviorisme 
ii. simulation - kognitif
iii. problem solving- konstruktisme
iv. cooperative learning
v. scenario based learning
dan lain-lain lagi

learning theory seperti yang dikatakan sebelum ini seperti behaviorisme, cognitive dan constructuvisme dipilih bergantung kepada jenis pengguna dan pendekatan yang dipilih.

Tuesday, November 15, 2011

week 6(19/11/2011)

Part 1: Information Design
Part 2: Interaction Design

Tgk dulu part 2 iaitu interaction design. setiap part memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan wenb yang baik dan bersesuain mengikut kehendak /keperluan pengguna yang disasarkan. interaction design adalah bagaimana nak mengadunkan inteactivity ke interface yang ada. ini termasuklah button,icons,search text dan lain-lain lagi. merekabentuk interaksi mengubah information design kepada satu storyboard yang menunjukkan navigasi,control serta media inclusions yang ada. ini dapat membantu untuk menghasilkan satu web yang menarik dan clear path melalui information yang disediakan.

ada 3 essential elements dalam interaction design
i. organization : mcm mana nak susun setiap bahan yang ada.
ii. navigation : kemudahan untuk melakukan proses navigasi
iii. interactivity : control yang diberikan kepada pengguna untuk mengendalikan web.

navigasi yang berkesan adalah:
a. pengguna tahu current page mereka.memberikan location web yang sepatutnya spt site label.
b. pengguna tahu page mana yang telah mereka lawati.pengguna boleh kenalpasti links yang telah mereka lawati.
c. pengguna tahu hubungkait kedudukan mereka dengan keseluruhan web page tersebut.menyediakan links kepada page yang lain.
d. menyediakan navigasi yang konsisten dan mudah difahami oleh pengguna
e. menyediakan alternatif kepada pengguna untuk kembali ke page asal.

navigasi yang berkesan akan meminumumkan informasi yang berlebihan. ia boleh mengawal panjang page, seperti menggunakankan hypertext to other website,juga memberikan alternatif lain seperti segmen atau ruangan informasi.menyediakan sitemap antara ruang utama website. mudahkan pengguna untuk page asal(home) mahupun page yg dicari.

thank you :)

Monday, October 17, 2011

Week 5

buat website..semua orang boleh buat.tapi tau ke apa yang penting sebelum develop sebuah website??of coourselah 1st sekali content apa yg kita nak deliver kan,barulah masukkan elemen teknologi ngan visual ke animation ke etc.
satu benda yang kita kena take note bila develop website ni adalah
i. confusing accessibility
ii. over-ambition design.jangan sampai keterlaluan pula.
iii.downloading yang lama-boleh buat orang fed-up juga nk tunggu website tu terpapar kat skrin..
so,nak develop website,3 perkara ni perlu difikirkan supaya website yang kita develop mudah untuk di navigasi oleh sesiapa.
dalam rekabentuk website,ada 3 komponen yang kita perlu tahu iaitu:
a. information design
b. interaction design
c. visual design

dalam merekabentuk maklumat yang nak disampaikan, perlu dititkberatkan macam mana maklumat yang ada itu boleh disampaikan dengan berkesan,mudah dan senang difahami oleh pengguna. strategi dan pengurusan setiap maklumat(content) yang ada tu perlu ada supaya objektif asal untuk deliver maklumat tercapai.

rekabentuk interaksi,adalah langkah yang penting untuk kita design website. navigasi,kawalan pada website yang dibangunkan perlu boleh digunakan oleh semua pengguna dengan mudah dan paling penting ia boleh berfungsi. nak mudah kita sediakan storyboard untuk memudahkan pembangunan website. setiap perincian terutamanya untuk navigation yang akan digunakan oleh pengguna,boleh kita design tanpa sebarang masalah.ini juga sebagai satu rujukan untuk mengelakkan sebarang kekurangan/tertinggal/terlupa setiap perincian yang diperlukan dalam website.

visual penting untuk menghasilkan satu website yang menarik. tanpa sebarang visual,tak kira lah animation ke, gambar ke etc, satu website itu belum mampu untuk menarik minat pengguna untuk explore laman web itu secara menyeluruh. persembahan yang ada element dan stail yang dipilih perlu bersesuaian dengan "target user" yang dipilih. bukan semua layout sesuai dengan lapisan audience yang kita mahukan. penghasilan protaip boleh membantu untuk menilai kesesuaian laman web yang dibina berdasarkan pandangan orang ramai.