Wednesday, December 21, 2011

Publishing Website.

dah siap projek barulah kita publish ke web.pertamanya kenalah pilih web host. webhost ada yang free dan sebaliknya. web host yang free ada limitation.bergantunglah pada developer samada nk guna yang free ataupun yang berbayar.limitation yang ada selalunya adalah kadar storagenya yang lebih kecil. kalo webhost free ni  banyak advertisement. http://en.wikipedia.org/wiki/Web_hosting_service boleh refer kt sini untuk maklumat pasal web hosting..contoh-contoh web host yang ditawarkan..

www.webhosting.com.my/
www.000webhost.com/
www.serverhosting.my/dedicated-server

Thursday, December 08, 2011

week 12

web testing and web evaluation

sebuah laman web yang dibina perlu melalui proses pengujian dan juga penilaian. ini bertujuan untuk menghasilkan satu laman web yang baik dan menepati kehendak pengguna yang disasarkan. melalui proses-proses ini, ia membantu untuk pembangun memperbaiki mana-mana kekurangan dan kelemahan yang ada dalam laman web yang dibina.

terdapat pelbagai cara untuk test web yang dibina samada menggunakan:
a) alpha/beta testing
b) peer testing-kita libatkan rakan-rakan untuk menguji laman web yang dbina
c)focus group testing-perbincangan secara meja bulat dimana ahli-ahli yang terlibat memberikan pendapat, menyumbangkan idea kearah pembaikpulih untuk mendapatkan laman web yang berkualiti
d) usability testing.

senarai(checklist) boleh membantu untuk melihat konsistensi yang ada dalam laman web yang dibina. ia boleh membantu untuk mengenalpasti masalah-masalah yang serius dengan memberikan maklumbalas dan idea untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.


Friday, December 02, 2011

week 11 - 30/11/2011

Presentation 40% website

daripada yang dipersembahkan oleh setiap kumpulan, ternyata setiapnya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. baik dari segi grafik mahupun content yang disampaikan. mengikut apa yang diperkatakan oleh Dr. Affandy, teori pembelajaran yang digunakan penting dalam membangunkan laman web. untuk mengaplikasikan teori-teori yang dipilih tidak sukar sekiranya ianya dirancang bersesuaian dengan pengguna yang disasarkan.

laman web dari kumpulan ayuni yang hampir 85% siap, menarik untuk dilihat juga diexplore. konsistensi dari segi typeface, background, color tidak menimbulkan keserabutan kepada pengguna. navigasi juga memudahkan pengguna. teori behavariosme yang diaplikasikan boleh diaplikasikan menerusi tutorial yang disediakan. secara kesuluruhannya, ia memang menarik.

dari laman web kumpulan mariani, hanya dari pandangan main menu sahaja. tapi hasil yang diberikan juga baik. cuma saya agak tidak bersetuju dengan penggunaan warna latar. warna yang digunakan menenggelamkan kebanyakan content yang ada. tapi dari segi konsistensi itu masih ada, white space turut tidak dilupakan.